Monday 26 December 2011

Tips untuk dikongsi bersama :)

DOA HAJAT & DOA IBU UNTUK ANAK2


Assalamualaikum......


Disini ada beberapa amalan yang baik untuk diamalkan kepada diri sendiri, anak-anak dan juga anak-anak didik kita semua..


Caranya mudah sahaja:


Bacakan Surah Al-Fatihah sebanyak 70 kali dalam air mineral/masak (untuk diminum)


Kemudian bacakan doa:


1.  Ya Allah Ya Rabbi.....dengan Mukjizat Al-Fatihah
2.  Ya Allah Ya Rabbi......dengan Hikmah Al-Fatihah
3.  Ya Allah Ya Rabbi......dengan Syafaat Al-Fatihah
4.  Ya Allah Ya Rabbi......dengan Fadilat Al-Fatihah


Jadikanlah air ini sebagai air pelembut hati, pencuci hati, penyegar hati dan air penerang hati untuk anak-anakku......(sebutkan namanya...bin/binti nama ibu) atau anak muridku... (sebutkan namanya)


Kemudian baca selawat dan hembuskan didalam air tadi dan berikan dia minum.  Mudah-mudahan lembutlah hatinya....AMIN....




Dipetik dari Sedutan Kuliah Subuh
Konvensyen Guru-Guru Kaunseling,
Negeri Johor

Thursday 15 December 2011

KELEBIHAN ORANG YANG MENAHAN LAPAR

Sudah sememstinya orang berakal memerangi keinginan nafsu dengan berlapar.  Hanya lapar dapat menundukkan musuh-musuh Allah.
Rasulluah s.a.w. bersabda:
   
"Sesungguhnya syaitan itu menjalar dalam tubuh manusia bagaikan aliran darah.  Maka bendunglah aliran itu dengan lapar!"

Sesungguhnya manusia yang PALING DEKAT DENGAN ALLAH kelak pada hari Kiamat adalah orang yang paling kuat menahan lapar dan hausnya.  Dan bahaya yang paling besar bagi manusia adalah syahwat perut.

Sebahagian ulama ada yang mengatakan:  "Barangsiapa telah dikuasai oleh nafsunya, maka dia akan menjadi hamba syahwatnya.  Ia merengkuk dalam penjara kegilaannya.  Dan hatinya semakin lalai.  Barangsiapa menyirami bumi tubuh ini dengan syahwat, bererti dia telah menanam 'pohon' penyesalan dalam hatinya."

Sesungguhnya Allah menciptakan makhluk ada 3 bahagian.  Dia menjadikan malaikat hanya diberi akal, tanpa diberi syahwat.  Lalu Dia menjadikan haiwan yang dibekali syahwat tanpa diberi akal dan Allah menjadikan manusia dengan diberi akal dan syahwat.  Jika syahwat seseorang telah mengalahkan akalnya, maka haiwan lebih baik daripada dia.  Namun barangsiapa menggunakan akal dan menundukkan syahwatnya, tentulah dia lebih baik daripada malaikat.

Wednesday 14 December 2011

salam perkenalan




hai..hai..hai....
baru first time ni buat blog..excited...
tp xtau pape pn ttg blog ni..
sbnrnya saje je bosan, tu yg nk buat blog..
smbil2 tu nk berdakwah...harap2 dpt ramai kwn2 disini.. :)

Daisypath Anniversary tickers